Jumat, 14 September 2007

gunung tertinggi

Gunung Everest

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Jump to: navigation, search
Everest

Pandangan Everest dari Kala Pattar
Aras tinggi: 8,850 m (29,035 kaki)
No 1
Garis lintang: 27°59′16″ N
Garis bujur: 86°56′40″ E
Kedudukan: Nepal – Sempadan Tibet
Banjaran: Himalaya
Pendakian pertama: 27 May 1953 oleh Edmund Hillary dan Tenzing Norgay
Laluan mudah: Selatan Col (Nepal)

Gunung Everest merupakan gunung tertinggi di dunia dengan ketinggian setinggi 8850 meter. Gunung Everest terletak di banjaran gunung Himalaya. Everest adalah gunung tertinggi di bumi (diukur dari paras laut). Rabung kemuncak gunung menandakan sempadan antara Nepal dan Tibet. Di Nepali gunung tersebut dikenali sebagai Sagarmatha (Sanskrit untuk "dahi langit") dan di Tibetan Chomolangma atau Qomolangma ("ibu alam"), yang diambil dari nama Cina 珠穆朗玛峰 (pinyin: Zhūmùlǎngmǎ Fēng). Walaupun ia dinamakan Everest oleh Sir Andrew Waugh, jeneral peninjau British di India, sebagai penghormatan kepada yang sebelumnya Sir George Everest, sebutan popular Everest (Ev-er-est) berbeza dangan sebutan Sir George mengenai nama akhirnya (Eve-rest).


Jadual isi kandungan

[sorok]

[Sunting] Ukuran

Radhanath Sikdar, juru ukur dan pakar matematik dari Bengal, merupakan orang yang pertama mengenal pasti Everest sebagai kemuncak tertinggi melalui kiraan trigonometri, pada 1852. Sesetengah rakyat India percaya bahawa puncak tersebut sepatutnya dinamakan menurut Sikdar, bukannya Everest.

Gunung ini dianggarkan 1 E3 m|8,850 m (29,035 kaki; hampir 5.5 batu) tinggi, walaupun terdapat variasi daripada segi ukuran (kerajaan Nepal tidak mengesahkan ukuran ini secara rasmi, ketinggian Everest masih dianggap 8,848 m). Ia pertama kali diukur pada tahun 1856 sebagai mempunyai ketinggian 29,000 kaki, tetapi diistiharkan sebagai 29,002 kaki tinggi. Tambahan secara rawak2 kaki menunjukkan perasaan masa itu bahawa ketinggian tepat 29,000 kaki akan dianggap sebagai anggaran yang dibulatkan. Masa kini anggaran umum yang diterima pakai adalah 8,850 m yang diperolehi melalui bacaan Sistem Kedudukan Sejagat Global Positioning System -GPS. Everest masih meningkat akibat pergerakan plat tektonik kawasan tersebut; bagaimanapun, kesan itu hanya ketara pada skala masa geologi.


Secara tepat, Everest adalah gunung yang kemuncaknya mencapai jarak paling luas di atas paras laut. Dua gunung lain yang kadang-kala didakwa sebagai "gunung tertinggi di dunia"ialah Mauna Loa di Hawaii adalah paling tertinggi apabila diukur dari dasarnya pada dasar tengah laut, tetapi hanya mencapai ketinggian 4,170 m (13,680 kaki) atas paras laut dan kemuncak Gunung Chimborazo di Ecuador adalah 2,150 m lebih dari pusat bumi berbanding Everest, kerana Bumi agak berisi dikawasan Khatulistiwa. Bagaimanapun, Chimborazo hanya mencapai ketinggian 6,272 m atas paras laut, yang menurut kriteria bukan juga kemuncak tertinggi di Andes.

Lebih menarik, dasar terdalam di lautan adalah lebih dalam berbanding ketinggian Everest: Challenger Deep, terletak di Parit Mariana, begitu dalam sehinggakan sekiranya gunung Everest diletakkan di dalamnya, masih terdapat hampir satu batu air menutupinya.

[Sunting] Laluan memanjat

Laluan selatan dan utara sebagaimana dilihat dari Stesyen Angkasa Antarabangsa.
Laluan selatan dan utara sebagaimana dilihat dari Stesyen Angkasa Antarabangsa.

Gunung Everest mempunyai dua laluan memanjat, rabung tenggara dari Nepal dan rabung barat laut dari Tibet. Dari keduanya, rabung tenggara adalah lebih mudah secara teknikal dan merupakan laluan yang paling sering digunakan. Ia juga merupakan laluan yang digunakan oleh Hillary dan Norgay pada tahun 1953. Bagaimanapun, ini adalah disebabkan oleh isu politik, bukannya disengajakan kerana sempadan Tibet ditutup kepada orang asing pada tahun 1949.

Kebanyakan percubaan dilakukan antara bulan April dan Mei sebelum musim monsun musim panas melanda. Pertukaran pada aliran jet pada ketika ini turut mengurangkan purata kelajuan angin di gunung. Sementara cubaan kadang-kala dilakukan selepas monson pada September dan Oktober, tambahan salji terhimpun dari monson meningkatkan kesukaran.

[Sunting] Rabung tenggara

Pendakian melalui rabung tenggara bermula dengan perjalanan ke kem pengkalan pada 5,380 meter (17,600 kaki) pada sebelah selatan Everest di Nepal. Expedisi biasanya bermula daripada penerbangan masuk ke Lukla 2,860m dari Kathmandu dan kemudian berjalan ke kem pengkalan, yang biasanya mengambil masa enam hingga lapan hari, membenarkan penyesuaian altitud yang sesuai agar menghindar penyakit altitud. Peralatan pendakian dan bekalan di bawa oleh yak, dzopkyos dan porter ke kem pengkalan di Glasiar Khumbu. Apabila Hillary dan Norgay mendaki Everest pada tahun 1953, mereka bermula dari Jiri yang, masakini, mengambil masa lima hingga enam hari untuk sampai ke Lukla.

Pendaki akan menghabiskan masa selama beberapa minggu di kem pengkalan, menbiasakan diri dengan altitud. Ketika itu, Sherpa dan sebahagian pendaki ekspedisi akan menyediakan tali dan tangga di Khumbu Icefall yang berbahaya. Serac dan blok air batu yang bergerak boleh menjadikan runtuhan ais yang merupakan salah satu bahagian paling merbahaya dalam perjalanan. Ramai pendaki dan sherpa telah terbunuh di bahagian ini. Untuk mengurangkan bahaya, pendaki biasanya memulakan pendakian mereka sebelum subuh. Apabila cahaya matahari menyinari ais jatuh (icefall), bahaya akan meningkat dengan mendadak. Di atas ais jatuh ini adalah kem I atau kem pengkalan hadapan(advanced base camp (ABC)) pada ketinggian 6,065m (19,900 kaki).

Bahu Barat Everest dan Khumbu Icefall
Bahu Barat Everest dan Khumbu Icefall

Dari kem I, pendaki akan bergerak keatas ke Western Cym ke pengkalan di muka Lhotse, di mana kem II didirikan pada ketinggian 6,500m (21,300 kaki). Western Cym agak datar, lembah glasier bercerun landai, ditanda dengan beberapa crevasse memanjang di tengah yang menghalang laluan terus ke bahagian atas Cym. Pendaki terpaksa menyeberangi jauh ke kanan berhampiran pengkalan Nuptse melalui laluan kecil dikenali sebagai "Sudut Nuptse". Western Cym juga dikenali sebagai "Lembah Sunyi - Valley of Silence" kerana bentuk mukabumi (topografi) kawasan tersebut biasanya menghalang sebarang angin dari sampai ke laluan pendakian. Altitud yang tinggi dan hari yang terang tanpa angin menjadikan Western Cym amat panas bagi para pendaki.

Dari kem II, pendaki memanjat permukaan Lhotse menggunakan tali kekal sehingga tebing kecil pada 7,470 m (24,500 kaki). Dari situ, ianya sejauh 500 metre lagi ke kem IV pada bahagian selatan pada 7,920 m (26,000 kaki). Dari kem III ke kem IV, pendaki berhadapan dengan dua cabaran tambahan: Taji Geneva dan Gelang Kuning (The Yellow Band). Taji Geneva merupakan rabung batu hitam berbentuk (anvil) yang dinamakan oleh ekspedisi Swiss 1952. Tali kekal membantu pendaki mendaki gelang batu yang diseliputi salji ini. Gelang Kuning adalah bahagian batuan mendak atau ('sedimen') yang memerlukan tali sepanjang 100 metre untuk melintasinya.

Di selatan col, pendaki memasuki zon mati. Pendaki biasanya hanya tahan maksima dua atau tiga hari pada altitud ini sebelum membuat cubaan ke puncak. Cuaca baik dan angin perlahan adalah faktor penting dalam menentukan samaada mencuba kepuncak. Jika cuaca tidak sesuai dalam tempoh pendek ini, pendaki terpaksa turun, kebanyakannya sehingga ke kem pengkalan.

Dari kem IV, pendaki akan memulakan pendakian kepuncak sekitar tengah malam dengan harapan sampai ke puncak (masih 1,000 metre tinggi) dalam tempoh 10 hingga 12 jam. Pendaki akan sampai "The Balcony" pada 8,400m (27,700 kaki), pelantar kecil di mana mereka boleh berhenti dan merenung kearah puncak di selatan dan timur dalam cahaya waktu pagi. Meneruskan mendaki rabung, pendaki akan berhadapan dengan tangga batu yang mengancam yang biasanya memaksa mereka ke timur ke dalam salji yang sampai ke tahap pinggang, ancaman bahaya runtuhan salji. Pada 8,750m (28,700 kaki), dom salji dan air batu sebesar meja kecil menandakan puncak selatan.

Dari puncak selatan, pendaki mengikut rabung timur seperti mata pisau sepanjang apa yang dikenali sebagai "Cornice Traverse" di mana salji melekat di batu sekali-sekala. Ini adalah seksyen paling terdedah dalam pendakian kerana silap langkah akan menjatuhkan seseorang 2,400m (8,000 kaki) ke bawah di sebelah muka barat daya sementara di sebelah kanan adalah 3,050m (10,000 kaki) permukaan Kangshung. Pada akhir laluan ini adalah dinding batu mengkagumkan setinggi 12 m (40 kaki) dikenali sebagai "Hillary Step" pada 8,760m (28,750 kaki). Hillary dan Norgay merupakan pendaki pertama mendaki tapak ini dan mereka melakukannya dengan perkakasan memanjat air batu primitif dan tanpa tali kekal. Masa kini, pendaki akan mendaki tapak ini menggunakan tali kekal yang dipasang oleh Sherpa. Melepasi tapak ini, ia adalah mudah untuk melangkah terus ke atas melalui dongakan tebing salji serdahana curam. Pendaki biasanya menghabiskan kurang dari 1/2 jam di "puncak dunia" kerana mereka menyedari mereka perlu menuruni ke kem IV sebelum kegelapan menyelubungi atau cuaca petang menjadi masalah besar.

[Sunting] Rabung Barat Laut

Laluan Rabung Barat Laut (Northwest ridge) bermula dari sebelah utara Everest di Tibet. Laluan ekspedisi melalui Glasier Rongbuk, mendirikan kem pengkalan pada ketinggian 5,180 m (17,000 kaki) di dataran anak batu betul-betul di bawah glasier. Untuk mencapai kem II, pendaki perlu mendaki (medial moraine) di timur Glasier Ronguk sehingga kaki Changtse sekitar 6,100 m (20,000 kaki). Kem III (ABC) terletak di bawah sebelah utara pada ketinggian 6,500 m (21,300 kaki). Untuk sampai kem IV disebelah utara, pendaki perlu mendaki glasier ke kaki (col) di mana tali kekal digunakan bagi mendaki col utara pada ketinggian 7,010 m (23,000 kaki). Dari utara col, pendaki mendaki rabung utara berbatu untuk mendirikan kem V pada ketinggian 7,775 m (25,500 kaki). Laluan menegak sebelah utara melalui siri lurah dan lekik (gullies and steepens) melalui tebing turun melalui permukaan kasar sebelum sampai ke tapak kem VI pada 8,230 m (27,000 kaki). Dari kem VI, pendaki akan memulakan pendakian kepuncak terakhir. Pendaki mesti bermula melalui tiga gelang batu yang dikenali sebagai Langkah Pertama, Langkah Kedua dan Langkah Ketiga. Apabila melepasi langkah ini, tebing puncak terakhir (50 hingga 60 darjah) ke puncak.

[Sunting] Pendakian

Pada 6 Jun 1924, George Mallory dan Andrew Irvine dari United Kingdom, membuat cubaan ke puncak dari mana mereka tidak pernah kembali. Noel Odell, pakar geologi ekspedisi tersebut, melihat pasangan tersebut memanjat "dengan penuh semangat... hampir dengan pangkal piramid akhir" pada 12:50 tengahari pada hari tersebut. Pada tahun 1979 pendaki Wang Hongbao dari China mendedahkan kepada rakannya bahawa dia telah menjumpai mayat pada tahun 1975 yang dikatakan menyerupai gambaran Irvine, bagaimanapun dia terbunuh dalam runtuhan keesokkan harinya sebelum sempat memberikan gambaran terperinci kepada orang lain. Pada tahun 1999 bagaimanapun, Ekspedisi Penyelidikan Mallory dan Irvine yang terkenal mengenalpasti mayat Mallory di kawasan pencarian yang dijangkakan berhampiran kem China lama. Kontrovesi telah timbul dikalangan masyarakat pendaki gunung mengenai samada pasangan tersebut berjaya mendaki kepuncak dunia, 29 tahun sebelum pendakian yang disahkan (dan pastinya, penurunan selamat) Gunung Everest oleh Sir Edmund Hillary dan Tenzing Norgay pada tahun 1953. Persetujuan umum dikalangan pendaki sebagaimana dinyatakan oleh Reinhold Messner, adalah tidak; bagaimanapun, pada (2004) satu lagi ekspedisi sedang dijalankan oleh pihak yang menjumpai tubuh Mallory bagi menjejak Irvine berpeluang bagi mendapat bukti lanjut mengenai hal tersebut. Terutamanya, keduanya diketahui membawa satu kamera Kodak 'Vestpocket' (kemungkinannya Irvine, kerana tidak terdapat pada Mallory), yang filemnya masih boleh dicuci walaupun selepas 80 tahun kemudian, dan mungkin mengandungi gambar kejayaan mencapai puncak. Mallory telah mengembara bagi berucap mengelilingi Amerika Syarikat pada tahun-tahun sebelum 1923; ianya ketika itu dia memberikan jawapan terkemuka, "Kerana ia di situ," kepada pemberita New York bagi menjawab soalan," Kenapa mendaki Everest? " untuk apa yang kelihatannya yang keseribu kali.

Pada tahun 1995 George Mallory II dari Afrika Selatan (cucu) menawan puncak Everest.

Pada tahun 1933, Lady Houston, jutawan dan bekas gadis penari, membiayai The Houston Everest Flight of 1933, yang menganjurkan formasi kapal terbang yang diketuai oleh Marquess of Clydesdale melintas melalui kemuncak dalam usaha meletakkan bendera Union Jack British dipuncak.

Ekspedisi awal memanjat gunung dilakukan melalui Tibet, dari arah utara. Walaubagaimanapun, laluan ini ditutup kepada ekspedisi barat pada tahun 1950,iaitu selepas China mengambil alih Tibet. Semasa tahun 1951 dan tahun 1952 ekspedisi yang diketuai oleh British, termasuk Edmund Hillary, mengembara masuk ke dalam Nepal untuk meninjau laluan baru melalui arah selatan.

Mengikut jejak British, ekspedisi Swizland cuba mendaki melalui arah selatan, tetapi terpaksa berpatah balik 200 meter dari puncak. Antara ahli pasukan pendaki adalah Sherpa Tenzing Norgay.

Pada tahun 1953, ekspedisi ke sembilan British, diketuai oleh pegawai British John Hunt, kembali ke Nepal. Hunt memilih dua pasukan pendaki untuk cuba sampai ke puncak. Pasangan pertama berpatah balik selepas keletihan yang tinggi di gunung. Keesokkan harinya, ekspedisi itu menjadi ekspedisi kedua dan terakhir bagi pasangan itu yang menjadi pasangan mandaki yang paling tegap dan berkesungguhan.Puncak itu akhirnya dapat didaki pada jam 11.30 pagi pada 29 Mei,1953 oleh orang dari New Zealand iaitu Edmund Hillary dan Sherpa. Tenzing Norgay dari Nepal yang berjaya mendaki South Col Route. Walaupun Hillary mengaku bahawa dia lebih jauh kehadapan berbanding Tenzing kedua-keduanya menghargai usaha kepasukan sepanjang pendakian tersebut.Mereka berhenti sementara untuk mengambil gambar dan menanam beberapa gula-gula dan sebatang kecil salib ke dalam salji sebelum mendaki turun.Berita kejayaan ekspedisi itu sampai kepada Ratu Elizabeth II'. Mereka kembali semula ke Kathmandu beberapa hari kemudian dan Hillary dan Hunt mendapati mereka telah dianugerahkan pangkat Kesatria atas usaha mereka.

Pada 16 Mei, 1975 Junko Tabei telah menjadi wanita pertama untuk sampai ke puncak Everest .Pada 25 Mei,2001, Erik Weihenmayer menjadi pendaki buta yang pertama untuk sampai ke puncak tersebut.

Semasa penghujung musim mendaki pada tahun 2001,1491 orang telah berjaya mendaki puncak tersebut (560 orang semenjak tahun 1998), dan hampir 172 orang pendaki yang telah maut,dan tahun termalang ialah pada tahun 1996 di mana 15 orang telah maut semasa cuba mendaki untuk sampai ke puncak dan hari yang terburuk ialah di mana 8 orang pendaki telah maut.Pada Mei 2004, Kent Moore - seorang ahli fizik dari University of Toronto - memberitahu kepada New Scientist mengenai analisa keadaan cuaca pada hari yang paling malang itu menunjukkan bahawa keadaan cuaca yang buruk telah menyebabkan kadar oksigen menyusut hampir 14%. Lapan mereka yang terbunuh itu merupakan sebahagian daripada 26 orang yang telah mendaki puncak gunung itu tanpa bantuan oksigen.

Keadaan puncak yang sukar didaki telah menyusahkan proses untuk membawa turun mayat di mana hampir semua mayat mereka yang telah terkorban dibiarkan di tempat asal kematian mereka,dan sesetengahnya dapat dilihat dengan jelas dari kawasan pendakian yang biasa.

Kebanyakan pendakian menggunakan topeng oksigen dan tangki oksigen . ([1]) Di atas kawasan melibihi 8000m (26,000 kaki); kawasan ini dikenali sebagai kawasan maut.Puncak Everest boleh didaki tanpa bantuan oksigen, namun ini memerlukan latihan kesihatan yang khas dan ia juga meningkatkan risiko kepada pendaki :kerana manusia tidak dapat berfikir dengan betul apabila kekurangan oksigen .Cuaca, suhu yang rendah dan juga jurang-jurang yang berbahaya memerlukan tindakan yang cepat dan betul apabila ingin mendakinya.

Pendaki gunung merupakan sumber bagi penyedia perkhidamatan untuk rakyat Nepal:ia bermula dari mereka yang berpengalaman hingga mereka yang mengambil bayaran dari pelawat untuk membawa mereka hingga ke puncak.moga2 mcm tu ya

Tidak ada komentar: